Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللَّهَ لَمْ يَبْعَثْنِي طَعَّانًا وَلَا لَعَّانًا، وَلَكِنْ بَعَثَنِي دَاعِيَةً وَرَحْمَةً، اللَّهُمَّ اغْفر لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah tidak mengutus aku sebagai seorang yang mencela atau melaknat, akan tetapi Dia mengutus aku sebagai seorang penyeru dan bersifat rahmah. Ya Allah, ampunkanlah kaumku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin ‘Ubayd
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 147, hadis no. 741. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن عبيد، قال: لما كُسرت رباعية رسول الله صلى الله عليه وسلم وشُج في جبهته، فجعلت الدماء تسيل على وجهه، قيل: يا رسول الله، ادعُ الله عليهم، فقال صلى الله عليه وسلم: ((إِنَّ اللَّهَ لَمْ يَبْعَثْنِي طَعَّانًا وَلَا لَعَّانًا، وَلَكِنْ بَعَثَنِي دَاعِيَةً وَرَحْمَةً، اللَّهُمَّ اغْفر لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ)). [هب، ((الضعيفة)) (7088)]
(Daif) Daripada ‘Abdullah bin ‘Ubayd, beliau berkata: Tatkala patahnya gigi Rasulullah SAW serta berlakunya kecederaan pada dahi baginda, sehingga mengalirnya darah di wajah baginda, dikatakan kepadanya: Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah akan keburukan buat mereka. Lalu baginda SAW berkata: Sesungguhnya Allah tidak mengutus aku sebagai seorang yang mencela atau melaknat, akan tetapi Dia mengutus aku sebagai seorang penyeru dan bersifat rahmah. Ya Allah, ampunkanlah kaumku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui. [Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7088]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman