Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seseorang yang hidungnya tidak menyentuh tanah

Teks Bahasa Arab

إن اللهَ لا يَقْبَلُ صلاةَ مَن لا يُصِيبُ أنفُه الأرضَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seseorang yang hidungnya tidak menyentuh tanah (ketika sujud).

Sahabat Perawi

  1. Ummu ‘Atiyyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 273, hadis no. 1416. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أم عطية مرفوعا: ((إن الله لا يقبل صلاة من لا يصيب أنفه الأرض)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (‌‌3112)]

(Terlalu Daif) Daripada Ummu ‘Atiyyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seseorang yang hidungnya tidak menyentuh tanah (ketika sujud). [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3112]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.