Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah tidak mendengar kepada sesuatu daripada mana-mana penduduk bumi

Teks Bahasa Arab

إن اللهَ لا يأذَنُ لشيءٍ من أهلِ الأرضِ إلا لأذانِ المؤذِّنِينَ، والصوتِ الحَسَنِ بالقرآنِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah tidak mendengar kepada sesuatu daripada mana-mana penduduk bumi melainkan kepada azan yang dilaungkan oleh tukang-tukang azan dan suara yang indah ketika membaca al-Quran.

Sahabat Perawi

  1. Ma'qil bin Yasar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1452, hadis no. 7382. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معقل بن يسار -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله لا يأذن لشيء من أهل الأرض إلا لأذان المؤذنين، والصوت الحسن بالقرآن)). [خط، ((الضعيفة)) (3108)].

(Palsu) Daripada Ma‘qil bin Yasār RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah tidak mendengar kepada sesuatu daripada mana-mana penduduk bumi melainkan kepada azan yang dilaungkan oleh tukang-tukang azan dan suara yang indah ketika membaca al-Quran. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3108].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.