Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah tidak memudahkan urusan haji hamba-Nya melainkan dengan redha-Nya

Teks Bahasa Arab

إن الله لا ييسر لعبده الحج إلا بالرضا فإذا رضي عنه أطلق له الحج

Teks Bahasa Melayu

Hadith :Sesungguhnya Allah tidak memudahkan urusan haji hamba-Nya melainkan dengan redha-Nya, apabila Allah SWT Redha dengannya maka Allah SWT memudahkan urusan hajinya.

Sahabat Perawi

  1. Al-Miqdad bin Al-Aswad

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 103, hadis no. 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن المقداد بن الأسود مرفوعا وفي إسناده: سعيد بن عبد الرحمن يروي عن الثقات الموضوعات

Al-Khatib meriwayatkan dari Al-Miqdad bin Al-Aswad secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) pada sanadnya terdapat perawi bernama Said bin Abdul Rahman meriwayatkan daripada perawi yang dipercayai dengan riwayat palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.