Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah tidak akan menyeksa seluruh masyarakat

Teks Bahasa Arab

إن اللهَ لا يعذبُ العامَّةَ بعملِ الخاصَّةِ حتى يَرَوُا المنكرَ بين ظَهْرَانَيْهِم وهم قادرون على أن يُنْكِرُوه فلا يُنْكِرُوه، فإذا فعلوا ذلك عذب اللهُ الخاصَّةَ والعامَّةَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah tidak akan menyeksa seluruh masyarakat dengan sebab perbuatan sesetengah individu sehingga mereka melihat kemungkaran dalam kalangan mereka sedangkan mereka mampu untuk mengingkarinya, namun mereka tidak mengingkarinya. Apabila mereka berbuat demikian, Allah mengazab mereka yang terlibat secara khusus dan semua secara umum.

Sahabat Perawi

  1. ibn Adiy bin Umairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2012, hadis no. 10096. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عدي بن عميرة – رضي الله عنه – مرفوعا: إن الله لا يعذب العامة بعمل الخاصة حتى يروا المنكر بين ظهرانيهم وهم قادرون على أن ينكروه فلا ينكروه، فإذا فعلوا ذلك عذب الله الخاصة والعامة. [الطحاوي في ((مشكل الآثار))، ((الضعيفة)) (3110)]

(Lemah) Daripada Ibn Adiy bin Umairah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Sesungguhnya Allah tidak akan menyeksa seluruh masyarakat dengan sebab perbuatan sesetengah individu sehingga mereka melihat kemungkaran dalam kalangan mereka sedangkan mereka mampu untuk mengingkarinya, namun mereka tidak mengingkarinya. Apabila mereka berbuat demikian, Allah mengazab mereka yang terlibat secara khusus dan semua secara umum. [Riwayat al-Tahawi dalam Mushkil al-Athar. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3110]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.