Sesungguhnya Allah tidak akan mengutuskan seorang nabi melainkan Allah akan menerangkan siapa yang akan datang selepas nabi tersebut

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله لم يبعث نبيا إلا بين له من يلي بعده. فهل بين لك؟ قال: لا، ثم سألته بعد ذلك. فقال: علي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah tidak akan mengutuskan seorang nabi melainkan Allah akan menerangkan siapa yang akan datang selepas nabi tersebut. Adakah Allah telah menerangkan kepada kamu? Baginda berkata: Tidak. Kemudian aku bertanya kepada Baginda selepas itu. Baginda berkata: Ali bin Abi Talib.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 368, hadis nombor 61. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن سلمان مرفوعا. وفي إسناده: مجهولان وضعيف.

Diriwayatkan oleh al-Uqaili daripada Salman secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat dua orang perawi yang tidak diketahui dan seorang perawi yang dhaif.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs