Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah tidak akan mengutuskan seorang nabi melainkan Allah akan menerangkan siapa yang akan datang selepas nabi tersebut

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ اللَّهَ لَمْ يَبْعَثْ نَبِيًّا إِلا بَيَّنَ لَهُ مَنْ يَلِي بَعْدَهُ. فَهَلْ بَيَّنَ لَكَ؟ قَالَ: لا، ثُمَّ سَأَلْتُهُ بَعْدَ ذَلِكَ. فَقَالَ: عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesungguhnya Allah tidak akan mengutuskan seorang nabi melainkan Allah akan menerangkan siapa yang akan datang selepas nabi tersebut. Adakah Allah telah menerangkan kepada kamu? Baginda berkata: Tidak. Kemudian aku bertanya kepada Baginda selepas itu. Baginda berkata: Ali bin Abi Talib.

Sahabat Perawi

  1. Salman RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 368, hadis no. 61. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن سلمان مرفوعا. وفي إسناده: مجهولان وضعيف.

Diriwayatkan oleh al-Uqaili daripada Salman secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat dua orang perawi yang tidak diketahui dan seorang perawi yang dhaif.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.