TEKS BAHASA ARAB
إن الله غير معذبك (يعني: فاطمة -رضي الله عنها-) ولا ولدها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab kamu (iaitu: Fatimah RA) dan anaknya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1779, hadis nombor 8946. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن الله غير معذبك (يعني: فاطمة -رضي الله عنها-) ولا ولدها)). [طب، السيوطي في ((اللآلئ))، ((الضعيفة)) (457)]
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah tidak akan mengazab kamu (iaitu: Fatimah RA) dan anaknya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Suyūṭī dalam al-Laāli’ al-Maṣnū‘ah fī al-Aḥādīth al-Mauḍū‘ah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 457]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.