Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ لا يُؤخِّرُ نفسًا إذا جاء أجلُها، ولكنْ زيادةُ العُمُرِ ذُرِّيَّةٌ صالحةٌ يَرْزُقُها اللهُ العبدَ، فَيَدْعُونَ له مِنْ بعدِه، فَيَلْحَقُه دعاؤُهم في قبرِه، فذلك زيادةُ العُمُرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah tidak akan menangguhkan sesuatu jiwa apabila telah datang ajalnya. Akan tetapi pertambahan umur ialah zuriat yang soleh yang Allah rezekikan seseorang hamba, lalu mereka akan mendoakannya sesudah (kematian)nya, lantas menyusulnya doa mereka di dalam kuburnya, maka itulah pertambahan umur.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1982, hadis no. 9919. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه-، قال: ذكرنا زيادة العمر عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: ((إن الله لا يؤخر نفسا إذا جاء أجلها، ولكن زيادة العمر ذرية صالحة يرزقها الله العبد، فيدعون له من بعده، فيلحقه دعاؤهم في قبره، فذلك زيادة العمر)). [عق، عد، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (1543، 5323)]
(Munkar) Daripada Abū al-Darda’ RA, beliau berkata: Kami telah menyebut tentang pertambahan umur di sisi Rasulullah SAW, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan menangguhkan sesuatu jiwa apabila telah datang ajalnya. Akan tetapi pertambahan umur ialah zuriat yang soleh yang Allah rezekikan seseorang hamba, lalu mereka akan mendoakannya sesudah (kematian)nya, lantas menyusulnya doa mereka di dalam kuburnya, maka itulah pertambahan umur. [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1543, 5323]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman