Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah tidak akan menanggalkan tutupan (aib) seorang hamba yang mempunyai kebaikan seberat zarah

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللَّهَ لا يَهْتِكُ سترَ عبدٍ فيهِ مثقالُ ذرَّةٍ مِن خيرٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah tidak akan menanggalkan tutupan (aib) seorang hamba yang mempunyai kebaikan seberat zarah.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 452, hadis no. 2422.

(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الله لا يهتك ستر عبد فيه مثقال ذرة من خير». [عد، «الضعيفة» (1439)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak akan menanggalkan tutupan (aib) seorang hamba yang mempunyai kebaikan seberat zarah.” [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah Da’ifah, no. 1439].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.