TEKS BAHASA ARAB
إن الله لا يهتك ستر عبد فيه مثقال ذرة من خير.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah tidak akan memperlihatkan keaiban seseorang hamba yang dalam dirinya terdapat kebaikan walau sebesar zarah.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2076, hadis nombor 10415. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن اللهَ لا يهتك ستر عبد فيه مثقال ذرة من خير.
[عد، ((الضعيفة)) (7090)]
(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan memperlihatkan keaiban seseorang hamba yang dalam dirinya terdapat kebaikan walau sebesar zarah.
[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7090]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.