Sesungguhnya Allah tidak memfardukan zakat kecuali untuk membersihkan apa yang tinggal dari harta kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله لم يفرض الزكاة إلا ليطيب ما بقي من أموالكم، وإنما فرض المواريث لتكون لمن بعدكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah tidak memfardukan zakat kecuali untuk membersihkan apa yang tinggal dari harta kamu, adapun harta warisan, maka itu bagi mereka yang tinggal selepas kematianmu

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 866, hadis nombor 4427. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس-رضي الله عنهما-، قال: لما نزلت هذه الآية: “والذين يكنزون الذهب والفضة..” قال: كبر ذلك على المسلمين، فقال عمر -رضي الله عنه-: أنا أفرج عنكم، فانطلق، فقال: يا نبي الله! إنه كبر على أصحابك هذه الآية، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الله لم يفرض الزكاة إلا ليطيب ما بقي من أموالكم، وإنما فرض المواريث لتكون لمن بعدكم)). فكبّر عمر، ثم قال له: ألا أخبرك بخير ما يكنز المرء؟ المرأة الصالحة، إذا نظر إليها سرته، وإذا أمرها أطاعته، وإذا غاب عنها حفظته. [د، ك، الضياء، ((الضعيفة)) (1319)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata: Ketika turun ayat: “Dan barangsiapa yang menyimpan emas dan perak”, beliau berkata: Hal itu (Turunnya ayat tersebut) memberatkan hati kaum muslimin, lalu Umar berkata: Aku akan mencari jalan penyelesaian buat kamu, lalu dia pergi (bertemu Rasulullah SAW) dan berkata: Wahai Nabi Allah! Sesungguhnya ia memberatkan hati sahabat kamu, yakni (turunnya) ayat ini. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak memfardukan zakat kecuali untuk membersihkan apa yang tinggal dari harta kamu, adapun harta warisan, maka itu bagi mereka yang tinggal selepas kematianmu” Lalu Umar bertakbir dan baginda berkata: Mahukah jika aku khabarkan tentang sebaik-baik perkara yang disimpan oleh seorang lelaki? Wanita yang solehah, jika dilihat kepadanya dia akan merasa gembira, jika dia menyuruhnya (sesuatu) dia akan mentaatinya, jika dia (lelaki tersebut) tiada di sisinya, dia (wanita tersebut) akan menjaganya (yakni menjaga dirinya dan harta suaminya).”
[Riwayat Abu Daud dalam Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Dhiya’ dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1319].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.