Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku: Wahai saudara rasul-rasul! Wahai saudara pemberi peringatan!

TEKS BAHASA ARAB

إن الله أوحى إليّ: يا أخا المرسلين! ويا أخا المنذرين! أنذر قومك أن لا يدخلوا بيتا من بيوتي ولأحد عندهم مظلمة؛ فإني ألعنه ما دام قائما بين يدي يصلي حتى يرد تلك الظلامة إلى أهلها؛ فأكون سمعه الذي يسمع به، وأكون بصره الذي يبصر به، ويكون من أوليائي وأصفيائي، ويكون جاري مع النبيين والصديقين والشهداء في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku: "Wahai saudara rasul-rasul! Wahai saudara pemberi peringatan! Berikanlah peringatan kepada kaummu supaya mereka tidak masuk ke salah satu rumah-rumah-Ku sedangkan ada kezaliman pada diri salah seorang mereka. Sesungguhnya Aku akan melaknatnya selama mana dia bersembahyang di hadapan-Ku sehinggalah dia mengembalikan (hak) kezaliman tersebut kepada pemiliknya. Maka Aku akan menjadi pendengarannya yang dia mendengar dengannya, Aku juga menjadi penglihatannya yang dia melihat dengannya dan dia menjadi antara para wali-Ku dan pilihan-Ku. Dia juga akan menjadi jiran-Ku bersama para nabi, orang yang benar (Ṣiddiqīn), dan para syuhada di dalam syurga".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 535-536, hadis nombor 2830. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حذيفة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «إن الله أوحى إليّ: يا أخا المرسلين! ويا أخا المنذرين! أنذر قومك أن لا يدخلوا بيتا من بيوتي ولأحد عندهم مظلمة؛ فإني ألعنه ما دام قائما بين يدي يصلي حتى يرد تلك الظلامة إلى أهلها؛ فأكون سمعه الذي يسمع به، وأكون بصره الذي يبصر به، ويكون من أوليائي وأصفيائي، ويكون جاري مع النبيين والصديقين والشهداء في الجنة». [حل، «الضعيفة» (6308)].

(Lemah) Daripada Huzaifah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku: "Wahai saudara rasul-rasul! Wahai saudara pemberi peringatan! Berikanlah peringatan kepada kaummu supaya mereka tidak masuk ke salah satu rumah-rumah-Ku sedangkan ada kezaliman pada diri salah seorang mereka. Sesungguhnya Aku akan melaknatnya selama mana dia bersembahyang di hadapan-Ku sehinggalah dia mengembalikan (hak) kezaliman tersebut kepada pemiliknya. Maka Aku akan menjadi pendengarannya yang dia mendengar dengannya, Aku juga menjadi penglihatannya yang dia melihat dengannya dan dia menjadi antara para wali-Ku dan pilihan-Ku. Dia juga akan menjadi jiran-Ku bersama para nabi, orang yang benar (Ṣiddiqīn), dan para syuhada di dalam syurga". [Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6308].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs