Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku firman-Nya: Wahai saudara para rasul, wahai saudara para pemberi peringatan, berilah peringatan kepada kaummu

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى أوحى إلي يا أخا المرسلين ويا أخا المنذرين أنذر قومك أن لا يدخلوا بيتا من بيوتي ولأحد عندهم مظلمة، فإني ألعنه ما دام قائما بين يدي يصلي حتى يرد تلك الظلامة إلى أهلها، فأكون سمعه الذي يسمع به، وأكون بصره الذي يبصر به، ويكون من أوليائي وأصفيائي، ويكون جاري مع النبيين والصديقين والشهداء في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan firman-Nya kepadaku: Wahai saudara para rasul, wahai saudara para pemberi peringatan, berilah peringatan kepada kaum kamu, agar mereka tidak memasuki salah satu daripada rumah-rumah-Ku dalam keadaan dia ada melakukan apa-apa kezaliman. Sesungguhnya Aku akan melaknatnya selama mana dia mendirikan solat di hadapan-Ku sehingga dia kembalikan sesuatu yang dia ambil secara zalim kepada empunya diri. Aku akan menjadi pendengarannya yang dia mendengar dengannya, Aku akan menjadi pandangannya yang dia memandang dengannya, dia akan menjadi wali-Ku dan kekasih pilihan-Ku, dia akan menjadi tetangga-Ku bersama para nabi, orang-orang yang benar (al-Siddiqin) dan orang-orang yang mati syahid di syurga kelak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1082, hadis nombor 5510. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حذيفة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن اللهَ تعالى أوحى إليَّ، يا أخا المُرسَلِينَ ويا أخا المُنذِرِينَ أَنْذِرْ قومَك أنْ لا يَدْخُلوا بَيْتًا من بيوتي ولأحَدٍ عندهم مَظْلَمَةٌ. فإني أَلْعَنُهُ ما دام قائمًا بين يديَّ يُصَلِّي حتى يَرُدَّ تلك الظُلامةَ إلى أهلها، فأكونَ سَمْعَه الذي يَسْمَعُ به وأكونَ بصرَه الذي يُبْصِرُ به ويكونَ من أوليائي وأَصْفِيائي ويكونَ جاري مع النَّبِيِّيَن والصِّدِّيقيَن والشهداءِ في الجنةِ. [حل، الضعيفة (6308)].

(Lemah) Daripada Huzaifah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan firman-Nya kepadaku: Wahai saudara para rasul, wahai saudara para pemberi peringatan, berilah peringatan kepada kaum kamu, agar mereka tidak memasuki salah satu daripada rumah-rumah-Ku dalam keadaan dia ada melakukan apa-apa kezaliman. Sesungguhnya Aku akan melaknatnya selama mana dia mendirikan solat di hadapan-Ku sehingga dia kembalikan sesuatu yang dia ambil secara zalim kepada empunya diri. Aku akan menjadi pendengarannya yang dia mendengar dengannya, Aku akan menjadi pandangannya yang dia memandang dengannya, dia akan menjadi wali-Ku dan kekasih pilihan-Ku, dia akan menjadi tetangga-Ku bersama para nabi, orang-orang yang benar (al-Siddiqin) dan orang-orang yang mati syahid di syurga kelak. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6308]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs