Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللَّهَ أَوْحَى إِلَى نَبِيٍّ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ: أَنْ أَخْبِرْ قَوْمَكَ: أَنْ لَيْسَ عَبْدٌ يَصُومُ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِي إِلَّا أصْحَحْتُ جِسْمَهُ، وَأَعْظَمْتُ أَجْرَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada seorang nabi daripada Bani Israel: Agar khabarkan kepada kaummu: Sesungguhnya tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari kerana mengharapkan wajah-Ku (keredhaan) melainkan Aku sihatkan jasadnya dan Aku besarkan pahalanya.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1186, hadis no. 6016. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي - رضي الله عنه -، قال: قال- صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله أوحى إلى نبي من بني إسرائيل: أن أخبر قومك: أن ليس عبد يصوم يوما ابتغاء وجهي إلا أصححت جسمه، وأعظمت أجره)). [هب، ((الضعيفة)) (7083)]
(Sangat Lemah) Daripada ‘Ali bin Abi Thalib RA, telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada seorang nabi daripada Bani Israel: Agar khabarkan kepada kaummu: Sesungguhnya tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari kerana mengharapkan wajah-Ku (keredhaan) melainkan Aku sihatkan jasadnya dan Aku besarkan pahalanya. [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7083]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman