Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada malaikat pencatit: Jangan engkau tuliskan satu keburukan

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يوحي إلى الحفظة: لا تكتبوا على صوام عبادي بعد العصر سيئة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada malaikat pencatit: Jangan engkau tuliskan satu keburukan pun bagi orang yang berpuasa daripada kalangan hamba-Ku selepas waktu Asar.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1162, hadis nombor 5878. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله يوحي إلى الحفظة: لا تكتبوا على صُوَّام عبادي بعد العصر سيئة. [خط، فر، الضعيفة (6580)]

(Batil) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada malaikat pencatit: Jangan engkau tuliskan satu keburukan pun bagi orang yang berpuasa daripada kalangan hamba-Ku selepas waktu Asar. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6580]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.