Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الله يُوحَي إلى الحفظة: لا تَكْتُبُوا على صُوَّام عبادي بعد العصر سيئة.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada malaikat pencatit: Jangan engkau tuliskan satu keburukan pun bagi orang yang berpuasa daripada kalangan hamba-Ku selepas waktu Asar.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1162, hadis no. 5878. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله يوحي إلى الحفظة: لا تكتبوا على صُوَّام عبادي بعد العصر سيئة. [خط، فر، الضعيفة (6580)]
(Batil) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada malaikat pencatit: Jangan engkau tuliskan satu keburukan pun bagi orang yang berpuasa daripada kalangan hamba-Ku selepas waktu Asar. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6580]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman