Sesungguhnya Allah telah meragikan tanah Adam dengan tangan-Nya selama 40 pagi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى خمر طينة آدم بيده أربعين صباحا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah telah meragikan tanah Adam dengan tangan-Nya selama 40 pagi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى خَمَّرَ طِينَةَ آدَمَ بِيَدِهِ أَرْبَعِينَ صَبَاحًا» ضَعِيفٌ. وَفِي شرح مُسلم للنووي قَالَ قد جَاءَ فِي غلظ الْأَرْضين السَّبع وطباقهن وَمَا بَينهُنَّ حَدِيث لَيْسَ بِثَابِت.

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah telah meragikan tanah Adam dengan tangan-Nya selama 40 pagi”. Hadis ini adalah hadis yang lemah. Dalam huraian Muslim oleh Imam Al-Nawawi berkata bahawa ada hadis berkenaan ketebalan tujuh lapisan dan juga penciptaan di antara lapisan tersebut. Ianya bukan hadis yang thabit.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.