Sesungguhnya Allah telah menyembuhkan aku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله شفاني، وليس برقيتكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah telah menyembuhkan aku dan bukannya daripada ruqyah kalian ini.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1175, hadis nombor 5941. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جبلة بن عزراق – رضي الله عنه – وكان من أصحاب رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – صلى إلى جانب جدار كثير الأحجرة – صلى ظهرا أو عصرا – فلما جلس في الركعتين خرجت عقرب فلدغته، فغشي عليه، فرقاه الناس، فلما أفاق، قال: ((إن الله شفاني، وليس برقيتكم)). [طب، ((الضعيفة)) (3076)]

(Lemah)
Daripada Jablah bin al-Arzaq, adalah merupakan daripada kalangan para sahabat Rasulullah SAW: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah solat bersebelahan dengan dinding yang dipenuhi dengan batu-bata, Baginda solat Zuhur ataupun ‘Asar, ketika mana Baginda duduk dalam dua rakaat, kala jengking telah keluar daripada batu-bata tersebut lalu menyengatnya, lalu Baginda pun pengsan dan orang ramai pun berhimpun untuk melihatnya lalu Baginda pun tersedar dan berkata: “Sesungguhnya Allah telah menyembuhkan aku dan bukannya daripada ruqyah kalian ini”.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 3076]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.