Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah telah menyembuhkan aku dan bukan kerana ruqyah kalian

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ شفاني، وليس برُقيتِكُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah telah menyembuhkan aku dan bukan kerana ruqyah kalian.

Sahabat Perawi

  1. Jablah bin al-Arzaq

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1175, hadis no. 5941. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جبلة بن عزراق - رضي الله عنه - وكان من أصحاب رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - صلى إلى جانب جدار كثير الأحجرة - صلى ظهراً أو عصراً - فلما جلس في الركعتين خرجت عقرب فلدغته، فغشي عليه، فرقاه الناس، فلما أفاق، قال: ((إن الله شفاني، وليس برقيتكم)). [طب، ((الضعيفة)) (3076)]

(Lemah) Daripada Jablah bin al-Arzaq, beliau merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah solat bersebelahan dengan dinding yang dipenuhi dengan batu-bata, iaitu solat Zohor ataupun Asar, ketika Baginda duduk dalam dua rakaat, telah keluar seekor kala jengking lalu ia menyengat Baginda. Setelah itu, Baginda pengsan dan orang ramai pun mula meruqyah Baginda. Setelah Baginda sedar kembali, Baginda pun berkata: “Sesungguhnya Allah telah menyembuhkan aku dan bukan kerana ruqyah kalian." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3076]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.