Sesungguhnya Allah telah menjanjikan keislaman Abu Darda’

TEKS BAHASA ARAB

إن الله وعدني بإسلام أبي الدرداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah telah menjanjikan keislaman Abu Darda’ kepada aku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1952, hadis nombor 9774. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي الدرداء أنه قال: لا مدينة بعد عثمان، ولا رخاء بعد معاوية. وقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم: إن الله وعدني بإسلام أبي الدرداء فأسلم.
[طب، ((الضعيفة)) (7094)]

(Lemah)
Daripada Abu Darda’, beliau berkata: Tiada makna Madinah selepas kematian Uthman dan tiada kesenangan selepas kematian Mu‘awiyah. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan keislaman Abu Darda’ kepada aku. Lantas Abu Darda’ memeluk Islam.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7094]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs