Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ وعدني بإسلامِ أبي الدرداءِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah telah menjanjikan keislaman Abu Darda’ kepada aku.
Sahabat Perawi
- Abu Darda RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1952, hadis no. 9774. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الدرداء أنه قال: لا مدينة بعد عثمان، ولا رخاء بعد معاوية. وقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم: إن الله وعدني بإسلام أبي الدرداء فأسلم. [طب، ((الضعيفة)) (7094)]
(Lemah) Daripada Abu Darda’, beliau berkata: Tiada makna Madinah selepas kematian Uthman dan tiada kesenangan selepas kematian Mu‘awiyah. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan keislaman Abu Darda’ kepada aku. Lantas Abu Darda’ memeluk Islam. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7094]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman