Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ وهب لأمتي ليلةَ القدرِ ولم يُعْطِها مَن كان قَبْلَهم.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada umatku (umat Nabi Muhammad) malam al-Qadr dan sesungguhnya malam al-Qadr ini tidak pernah diberikan pada umat-umat sebelum aku.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1138, hadis no. 5745. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله وهب لأمتي ليلة القدر ولم يعطها من كان قبلهم)). [فر، ((الضعيفة)) (3106)]
(Palsu) Daripada Anas RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada umatku (umat Nabi Muhammad) malam al-Qadr dan sesungguhnya malam al-Qadr ini tidak pernah diberikan pada umat-umat sebelum aku." [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3106]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman