Sesungguhnya Allah telah menciptakan para Nabi daripada pokok (keturunan) yang pelbagai, dan Dia telah menciptakanku dan Ali daripada pokok yang satu

TEKS BAHASA ARAB

إن الله خلق الأنبياء من أشجار شتى، وخلقني وعليّاً من شجرة واحدة، فأنا أصلها، وعلي فرعها، والحسن والحسين ثمارها، وأشياعنا أوراقها، فمن تعلَّق بغصن من أغصانها؛ نجا، ومن زاغَ؛ هوى، ولو أن عبداً عَبَدَ الله عَزَّ وَجَلَّ بين الصفا والمروة ألف عام، ثم ألف عام، ثم ألف عام ولم يدرك (!) محبتنا؛ إلا كبّه الله عَزَّ وَجَلَّ على منخريه في النار"، ثم تلا: {قل لا أسألكم عليه أجراً إلا المودة في القربى}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah telah menciptakan para Nabi daripada pokok (keturunan) yang pelbagai, dan Dia telah menciptakanku dan Ali daripada pokok yang satu. Maka akulah usulnya, dan Ali merupakan cabangnya, Hasan dan Husain pula buahnya, dan penyokong kami merupakan daun-daunnya, maka barang siapa yang bergantung pada satu dahan daripada dahannya, dia akan berjaya dan barang siapa yang melepaskannya, dia akan jatuh. Sesungguhnya jika seorang hamba itu menyembah Allah Azza wa Jalla di antara Safa dan Marwah sepanjang seribu tahun, kemudian seribu tahun, kemudian seribu tahun lagi tetapi tidak mendapati kecintaan kami melainkan Allah SWT akan hempapkan kedua lubang hidungnya (wajahnya) di dalam neraka. Kemudian firman Allah SWT: ‘Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat.” [al-Shura: 23]

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1549, hadis nombor 7858. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة الباهلي -رضي الله عنه-، قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الله خلق الأنبياء من أشجار شتى، وخلقني وعليّاً من شجرة واحدة، فأنا أصلها، وعلي فرعها، والحسن والحسين ثمارها، وأشياعنا أوراقها، فمن تعلَّق بغصن من أغصانها؛ نجا، ومن زاغَ؛ هوى، ولو أن عبداً عَبَدَ الله عَزَّ وَجَلَّ بين الصفا والمروة ألف عام، ثم ألف عام، ثم ألف عام ولم يدرك (!) محبتنا؛ إلا كبّه الله عَزَّ وَجَلَّ على منخريه في النار "، ثم تلا: {قل لا أسألكم عليه أجراً إلا المودة في القربى})) [ابن عساكر، الذهابي في ((الميزان))، ((الضعيفة)) (6254)]

(Palsu)
Daripada Abu Umamah al-Bahiliy RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menciptakan para Nabi daripada pokok (keturunan) yang pelbagai, dan Dia telah menciptakanku dan Ali daripada pokok yang satu. Maka akulah usulnya, dan Ali merupakan cabangnya, Hasan dan Husain pula buahnya, dan penyokong kami merupakan daun-daunnya, maka barang siapa yang bergantung pada satu dahan daripada dahannya, dia akan berjaya dan barang siapa yang melepaskannya, dia akan jatuh. Sesungguhnya jika seorang hamba itu menyembah Allah Azza wa Jalla di antara Safa dan Marwah sepanjang seribu tahun, kemudian seribu tahun, kemudian seribu tahun lagi tetapi tidak mendapati kecintaan kami melainkan Allah SWT akan hempapkan kedua lubang hidungnya (wajahnya) di dalam neraka. Kemudian firman Allah SWT: ‘Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat.” [al-Shura: 23] [Riwayat Ibn Asakir dan al-Zahabi dalam al-Mizan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6254]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs