TEKS BAHASA ARAB
يا معشر الأنصار إن الله قد أثنى عليكم خيرا في الطهور، فما طهوركم هذا؟ قالوا: نتوضأ للصلاة، ونغتسل من الجنابة، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: فهل مع ذلك غيره؟ قالوا: لا، غير أن أحدنا إذا خرج من الغائط أحب أن يستنجى بالماء، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: هو ذاك فعليكموه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai sekalian Ansar! Sesungguhnya Allah telah memuji kamu dengan kebaikan dalam bersuci, apakah maksud bersuci kamu di sini? Mereka menjawab: Kami berwuduk dan kami mandi junub, Rasulullah SAW pun bersabda: Adakah ada selain itu?, mereka menjawab: Tidak, melainkan seseorang daripada kami, apabila keluar daripada tempat membuang airnya dia suka beristinjak menggunakan air, maka Rasulullah SAW bersabda: Itulah dia, maka hendaklah kamu meneruskannya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1195, hadis nombor 6062. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا اللفظ)
عن أبي أيوب وجابر بن عبد الله وأنس بن مالك الأنصاري رضي الله عنهم أن هذه الآية لما نزلت: (فيه رجال يحبون أن يتطهروا والله يحب المتطهرين)، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا معشر الأنصار إن الله قد أثنى عليكم خيرا في الطهور، فما طهوركم هذا؟ قالوا: نتوضأ للصلاة، ونغتسل من الجنابة، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: فهل مع ذلك غيره؟ قالوا: لا، غير أن أحدنا إذا خرج من الغائط أحب أن يستنجى بالماء، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: هو ذاك فعليكموه.
[ابن الجارود، قط، هق، ((الضعيفة)) (1031)]
(Lemah dengan lafaz ini)
Daripada Abi Ayyub, Jabir bin ‘Abdillah, dan Anas bin Malik al-Ansari RA bahawa ayat ini ketika ia turun: (Dalam kalangan mereka ada lelaki-lelaki yang suka bersuci dan Allah menyukai orang yang selalu bersuci). Rasulullah SAW bersabda: Wahai sekalian Ansar! Sesungguhnya Allah telah memuji kamu dengan kebaikan dalam bersuci, apakah maksud bersuci kamu di sini? Mereka menjawab: Kami berwuduk dan kami mandi junub, Rasulullah SAW pun bersabda: Adakah ada selain itu? Mereka menjawab: Tidak, melainkan seseorang kami apabila keluar daripada tempat membuang airnya dia suka beristinjak menggunakan air, maka Rasulullah SAW bersabda: Itulah dia, maka hendaklah kamu meneruskannya.
Riwayat Ibn al-Jarud, al-Daraqutni dan al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1031]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.