Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu untuk rujuk Hafsah kembali

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن اللهَ تعالى يأمرك أن تراجع حفصة رحمة لعمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu untuk rujuk Hafsah kembali sebagai satu rahmat kepada Umar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1925 hadis nombor 9663. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عقبة بن عامر الجهني: أن النبي صلى الله عليه وسلم طلق حفصة، فبلغ ذلك عمر بن الخطاب، فوضع التراب على وجهه، فقال: ما يعبأ الله بك يا ابن الخطاب بعد هذا! فنزل جبريل عليه السلام فقال: إن اللهَ تعالى يأمرك أن تراجع حفصة رحمة لعمر.
[طب، ((الضعيفة)) (6340)]

(Palsu)
Daripada Uqbah bin Amir al-Juhani RA bahawa Nabi SAW telah menceraikan Hafsah. Perkara tersebut sampai kepada pengetahuan Umar. Lalu Umar meletakkan tanah debu di mukanya lalu berkata: Allah tidak akan memperdulikan kamu lagi selepas ini wahai anak al-Khattab. Lalu Jibril AS turun dan berkata: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu untuk rujuk Hafsah kembali sebagai satu rahmat kepada Umar.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6340]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.