Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku untuk mengajari kalian apa yang telah Dia ajarkan padaku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله – تعالى – أمرني أن أعلمكم مما علمني، وأن أؤدبكم: إذا قمتم على أبواب حجركم؛ فاذكروا اسم الله؛ يرجع الخبيث عن منازلكم، وإذا وضع بين يدي أحدكم طعام؛ فليسم الله؛ حتى لا يشارككم الخبيث في أرزاقكم، ومن اغتسل بالليل؛ فليحاذر عن عورته، فإن لم يفعل فأصابه لمم؛ فلا يلومن إلا نفسه، ومن بال في مغتسله فأصابه الوسواس؛ فلا يلومن إلا نفسه، وإذا رفعتم المائدة؛ فاكنُسوا ما تحتها؛ فإن الشياطين يلتقطون ما تحتها؛ فلا تجعلوا لهم نصيبا في طعامكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku untuk mengajari kalian apa yang telah Dia ajarkan padaku dan agar aku mendidik kalian: Apabila kalian berdiri di hadapan pintu bilik kalian, maka sebutlah nama Allah, nescaya syaitan yang keji akan pulang dari rumah kalian. Apabila diletakkan di hadapan kalian makanan, maka sebutlah nama Allah, nescaya syaitan yang keji tidak akan turut serta dalam rezeki kalian. Barang siapa yang mandi pada waktu malam, maka hendaklah dia berwaspada perihal auratnya. Sekiranya dia tidak melakukan hal sedemikian, lalu terkena gangguan fikiran, maka janganlah dia menyalahkan sesiapa melainkan dirinya sendiri. Barang siapa yang kencing di tempat mandinya lalu ditimpa penyakit waswas, maka janganlah dia menyalahkan sesiapa melainkan dirinya. Apabila kalian mengangkat hidangan makanan (selesai makan), maka sapulah (sisa-sisa makanan) di bawahnya, kerana sesungguhnya syaitan memungut sisa-sisa di bawahnya, janganlah kalian jadikan mereka miliki bahagian dalam makanan kalian.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1185, hadis nombor 6011. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله – تعالى – أمرني أن أعلمكم مما علمني، وأن أؤدبكم: إذا قمتم على أبواب حجركم؛ فاذكروا اسم الله؛ يرجع الخبيث عن منازلكم، وإذا وضع بين يدي أحدكم طعام؛ فليسم الله؛ حتى لا يشارككم الخبيث في أرزاقكم، ومن اغتسل بالليل؛ فليحاذر عن عورته، فإن لم يفعل فأصابه لمم؛ فلا يلومن إلا نفسه، ومن بال في مغتسله فأصابه الوسواس؛ فلا يلومن إلا نفسه، وإذا رفعتم المائدة؛ فاكنُسوا ما تحتها؛ فإن الشياطين يلتقطون ما تحتها؛ فلا تجعلوا لهم نصيبا في طعامكم)). [الحكيم، ((الضعيفة)) (7082)]

(Sangat Munkar) Daripada Abu Hurairah RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku untuk mengajari kalian apa yang telah Dia ajarkan padaku dan agar aku mendidik kalian: Apabila kalian berdiri di hadapan pintu bilik kalian, maka sebutlah nama Allah, nescaya syaitan yang keji akan pulang dari rumah kalian. Apabila diletakkan di hadapan kalian makanan, maka sebutlah nama Allah, nescaya syaitan yang keji tidak akan turut serta dalam rezeki kalian. Barang siapa yang mandi pada waktu malam, maka hendaklah dia berwaspada perihal auratnya. Sekiranya dia tidak melakukan hal sedemikian, lalu terkena gangguan fikiran, maka janganlah dia menyalahkan sesiapa melainkan dirinya sendiri. Barang siapa yang kencing di tempat mandinya lalu ditimpa penyakit waswas, maka janganlah dia menyalahkan sesiapa melainkan dirinya. Apabila kalian mengangkat hidangan makanan (selesai makan), maka sapulah (sisa-sisa makanan) di bawahnya, kerana sesungguhnya syaitan memungut sisa-sisa di bawahnya, janganlah kalian jadikan mereka miliki bahagian dalam makanan kalian. [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7082]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.