Sesungguhnya Allah telah membersihkan kepulauan ini daripada syirik

TEKS BAHASA ARAB

إن الله قد برأ هذه الجزيرة من الشرك، ولكن أخاف أن تضلهم النجوم، قالوا: يا رسول الله، كيف تضلهم النجوم؟ قال: ينزل الغيث، فيقولون: مطرنا بنوء كذا وكذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Sesungguhnya Allah telah membersihkan kepulauan ini daripada syirik. Akan tetapi aku bimbang bintang akan menyesatkan mereka". Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana bintang boleh menyesatkan mereka?” Baginda menjawab: “Hujan turun, lalu mereka berkata: “Kita ditimpa hujan kerana bintang itu dan ini”.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 567, hadis nombor 2936. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عَنِ العباس بن عبد المطلب، قَالَ: خرجت مع رسول الله ﷺ من المدينة، فالتفت إليها فقال: «إن الله قد برأ هذه الجزيرة من الشرك، ولكن أخاف أن تضلهم النجوم، قالوا: يا رسول الله، كيف تضلهم النجوم؟ قال: ينزل الغيث، فيقولون: مطرنا بنوء كذا وكذا». [ع، البزار، «الضعيفة» (6801)].

(Munkar) Daripada al-‘Abbās bin ‘Abd al-Muṭṭalib RA, beliau berkata: Aku keluar bersama Rasulullah ﷺ daripada Madinah, lantas Baginda memalingkan wajah ke arah Madinah lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah telah membersihkan kepulauan ini daripada syirik. Akan tetapi aku bimbang bintang akan menyesatkan mereka". Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana bintang boleh menyesatkan mereka?” Baginda menjawab: “Hujan turun, lalu mereka berkata: “Kita ditimpa hujan kerana bintang itu dan ini”. [Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya dan al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6801].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs