Sesungguhnya Allah telah kurniakan daku pada malam ini dua khazanah

TEKS BAHASA ARAB

إن الله أعطاني الليلة الكنزين كنز فارس والروم وأمدني بالملوك ملوك حمير الأحمرين ولا ملك إلا الله يأتون يأخذون من مال الله ويقاتلون في سبيل الله . قالها ثلاثا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah telah kurniakan daku pada malam ini dua khazanah, iaitu khazanah Parsi dan Rom, dan Dia telah menguatkanku dengan raja-raja iaitu raja-raja Himyar al-Ahmarain. Tiadalah kerajaan kecuali milik Allah. Mereka datang dan mengambil daripada harta Allah, mereka berperang di jalan Allah. Baginda berkata sedemikian sebanyak tiga kali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 989, hadis nombor 5096. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل من خثعم، قال: كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في غزوة تبوك، فوقف ذات ليلة، واجتمع عليه أصحابه، فقال: ((إن الله أعطاني الليلة الكنزين: كنز فارس والروم، وأمدني بالملوك ملوك حمير ‌الأحمرين، ولا ملك إلا لله، يأتون يأخذون من مال الله، ويقاتلون في سبيل الله)). قالها ثلاثاً. [حم، ((الضعيفة)) (3050)]

(Lemah) Daripada seorang lelaki dari Khath’am berkata: Suatu masa dahulu, kami bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk. Pada suatu malam, Baginda berdiri dan mengumpulkan para sahabatnya lalu bersabda: Sesungguhnya Allah telah kurniakan daku pada malam ini dua khazanah, iaitu khazanah Parsi dan Rom, dan Dia telah menguatkanku dengan raja-raja iaitu raja-raja Himyar al-Ahmarain. Tiadalah kerajaan kecuali milik Allah. Mereka datang dan mengambil daripada harta Allah, mereka berperang di jalan Allah. Baginda berkata sedemikian sebanyak tiga kali. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3050]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs