TEKS BAHASA ARAB
إن الله تصدق بإفطار الصيام على مرضى أمتي ومسافريهم، أفيحب أحدكم أن يتصدق على أحد بصدقة ثم يظل يردها عليه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah telah bersedekah dengan memberikan rukhsah berbuka puasa ke atas orang sakit dan orang dalam keadaaan permusafiran dalam kalangan kalian. Adakah salah seorang daripada kalian suka jika apabila dia bersedekah kepada seseorang dengan satu sedekah, lalu orang itu sentiasa menolaknya?
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1136, hadis nombor 5729. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-: أنه سئل النبي ﷺ عن الصوم في السفر، فقال: لن أفطر، وقال: إني أقوى على الصوم! فقال: ((إن الله تصدق بإفطار الصيام على مرضى أمتي ومسافريهم، أفيحب أحدكم أن يتصدق على أحد بصدقة ثم يظل يردها عليه)). [فر، ((الضعيفة)) (2196)]
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, bahawa beliau bertanya kepada Nabi SAW berkenaan puasa ketika musafir? Maka baginda pun bersabda: "Aku tidak akan berbuka puasa," dan baginda berkata: "Sesungguhnya aku lebih kuat untuk berpuasa!." Lalu Nabi bersabda lagi: "Sesungguhnya Allah telah bersedekah dengan memberikan rukhsah berbuka puasa ke atas orang sakit dan orang dalam keadaaan permusafiran dalam kalangan kalian. Adakah salah seorang daripada kalian suka jika apabila dia bersedekah kepada seseorang dengan satu sedekah, lalu orang itu sentiasa menolaknya?"
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2196]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.