Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ تَصَدَّق بإفطارِ الصيامِ على مَرْضَى أمتي ومسافِرِيهِم، أَفَيُحِبُّ أحدُكم أن يتصدقَ على أحدٍ بصدقةٍ ثم يَظَلُّ يَرُدُّها عليه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah telah bersedekah dengan memberikan rukhsah berbuka puasa ke atas orang sakit dan orang dalam keadaaan permusafiran dalam kalangan kalian. Adakah salah seorang daripada kalian suka jika apabila dia bersedekah kepada seseorang dengan satu sedekah, lalu orang itu sentiasa menolaknya?
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1136, hadis no. 5729. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-: أنه سئل النبي ﷺ عن الصوم في السفر، فقال: لن أفطر، وقال: إني أقوى على الصوم! فقال: ((إن الله تصدق بإفطار الصيام على مرضى أمتي ومسافريهم، أفيحب أحدكم أن يتصدق على أحد بصدقة ثم يظل يردها عليه)). [فر، ((الضعيفة)) (2196)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA, bahawa beliau bertanya kepada Nabi SAW berkenaan puasa ketika musafir? Maka baginda pun bersabda: "Aku tidak akan berbuka puasa," dan baginda berkata: "Sesungguhnya aku lebih kuat untuk berpuasa!." Lalu Nabi bersabda lagi: "Sesungguhnya Allah telah bersedekah dengan memberikan rukhsah berbuka puasa ke atas orang sakit dan orang dalam keadaaan permusafiran dalam kalangan kalian. Adakah salah seorang daripada kalian suka jika apabila dia bersedekah kepada seseorang dengan satu sedekah, lalu orang itu sentiasa menolaknya?" [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2196]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman