TEKS BAHASA ARAB
إن الله أعطاني ثلاث خصال لم يعطها أحدا قبلي: الصلاة في الصفوف، والتحية من تحية أهل الجنة، وآمين، إلا أنه أعطى موسى أن يدعو موسى، ويؤمن هارون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah telah berikan aku tiga kelebihan yang tidak pernah diberikan kepada orang sebelumku: Solat dalam saf, bacaan tahiyat seperti tahiyat ahli syurga, dan sebutan amin, kecuali Dia memberikan kepada Musa untuk Musa berdoa dan Harun mengaminkan.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1803, hadis nombor 9086. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله أعطاني ثلاث خصال لم يعطها أحدا قبلي: الصلاة في الصفوف، والتحية من تحية أهل الجنة، وآمين، إلا أنه أعطى موسى أن يدعو موسى، ويؤمن هارون)). [ابن خزيمة، عد ، الحارث، ((الضعيفة)) (1516)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Sesungguhnya Allah telah berikan aku tiga kelebihan yang tidak pernah diberikan kepada orang sebelumku: Solat dalam saf, bacaan tahiyat seperti tahiyat ahli syurga, dan sebutan amin, kecuali Dia memberikan kepada Musa untuk Musa berdoa dan Harun mengaminkan." [Riwayat Ibn Khuzaimah, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’ dan al-Harith. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1516]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.