Sesungguhnya Allah telah berbisik dengan Nabi Musa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله ناجى موسى بمئة ألف وأربعين كلمة في ثلاثة أيام؛ وصايا كلها، فلما سمع موسى كلام الآدميين؛ مقتهم مما وقع في مسامعه من كلام الرب، وكان فيما ناجاه أن قال: يا موسى! إنه لم يتصنع المتصنعون لي بمثل الزهد في الدنيا، ولم يتقرب إلي المتقربون بمثل الورع عما حرمت عليهم، ولا تعبدني العابدون بمثل البكاء من خيفتي. فقال موسى: يا إله البرية كلها! ويا مالك يوم الدين! يا ذا الجلال والإكرام! فماذا أعددت لهم؟ وماذا جزيتهم؟ قال: يا موسى! أما الزاهدون في الدنيا؛ فإني أبيحهم جنتي، يتبوؤون حيث يشاؤون، وأما الورعون عما حرمت عليهم؛ فإنه ليس من عبد يلقاني يوم القيامة إلا ناقشته الحساب، وفتشته عما كان في يديه إلا ما كان من الورعين؛ فإني أستحييهم وأجلهم، [وأكرمهم]؛ فأدخلهم الجنة بغير حساب، وأما البكاؤون من خيفتي؛ فلهم الرفيق الأعلى، لا يشاركون فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah telah berbisik dengan Nabi Musa sebanyak 140,000 kalimah dalam masa 3 hari, dan semuanya adalah pesanan. Apabila Nabi Musa mendengar kalam manusia, baginda memarahi mereka kerana kalam Tuhan telah masuk ke dalam pendengarannya. Antara perkara yang Allah bisikkan kepada Musa: Wahai Musa! Sesungguhnya tiada sesiapa yang melakukan sesuatu untuk-Ku sama seperti orang yang zuhud di dunia, dan tiada sesiapa yang mendekatkan diri dengan-Ku seperti orang yang warak terhadap apa yang aku larang kepada mereka, dan tiada sesiapa yang melakukan ibadah itu sama seperti menangis kerana takutkan-Ku. Maka Nabi Musa berkata: Wahai Tuhan yang menguasai alam! Wahai Tuhan yang memiliki hari pembalasan! Yang Maha Agung lagi Maha Mulia! Apa yang Engkau siapkan untuk mereka? Dan apa yang Engkau balas kepada mereka? Allah berkata: Wahai Musa! Adapun orang-orang yang zuhud di dunia ini, Aku halalkan kepada mereka syurga-Ku, mereka bebas memilih untuk tinggal di bahagian mana dalam syurga tersebut. Adapun orang-orang yang warak terhadap apa yang Aku larang kepada mereka, tiada sesiapa pun hamba bertemu dengan-Ku pada hari kiamat kelak melainkan Aku bincangkan mengenai hisabnya. Aku akan mencari di tangannya kecuali tangan orang-orang yang warak, kerana Aku malu dan sangat memuliakan mereka, maka Aku akan memasukkan mereka terus ke dalam syurga tanpa perhitungan. Adapun orang yang menangis kerana takutkan-Ku, maka bagi mereka teman yang Maha tinggi yang tidak dikongsi padanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2038 hadis nombor 10259. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس –رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله ﷺ: إن الله ناجى موسى بمئة ألف وأربعين كلمة في ثلاثة أيام؛ وصايا كلها، فلما سمع موسى كلام الآدميين؛ مقتهم مما وقع في مسامعه من كلام الرب، وكان فيما ناجاه أن قال: يا موسى! إنه لم يتصنع المتصنعون لي بمثل الزهد في الدنيا، ولم يتقرب إلي المتقربون بمثل الورع عما حرمت عليهم، ولا تعبدني العابدون بمثل البكاء من خيفتي. فقال موسى: يا إله البرية كلها! ويا مالك يوم الدين! يا ذا الجلال والإكرام! فماذا أعددت لهم؟ وماذا جزيتهم؟ قال: يا موسى! أما الزاهدون في الدنيا؛ فإني أبيحهم جنتي، يتبوؤون حيث يشاؤون، وأما الورعون عما حرمت عليهم؛ فإنه ليس من عبد يلقاني يوم القيامة إلا ناقشته الحساب، وفتشته عما كان في يديه إلا ما كان من الورعين؛ فإني أستحييهم وأجلهم، [وأكرمهم]؛ فأدخلهم الجنة بغير حساب، وأما البكاؤون من خيفتي؛ فلهم الرفيق الأعلى، لا يشاركون فيه.
[طس، طب، هب، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5258)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah telah berbisik dengan Nabi Musa sebanyak 140,000 kalimah dalam masa 3 hari, dan semuanya adalah pesanan. Apabila Nabi Musa mendengar kalam manusia, baginda memarahi mereka kerana kalam Tuhan telah masuk ke dalam pendengarannya. Antara perkara yang Allah bisikkan kepada Musa: Wahai Musa! Sesungguhnya tiada sesiapa yang melakukan sesuatu untuk-Ku sama seperti orang yang zuhud di dunia, dan tiada sesiapa yang mendekatkan diri dengan-Ku seperti orang yang warak terhadap apa yang aku larang kepada mereka, dan tiada sesiapa yang melakukan ibadah itu sama seperti menangis kerana takutkan-Ku. Maka Nabi Musa berkata: Wahai Tuhan yang menguasai alam! Wahai Tuhan yang memiliki hari pembalasan! Yang Maha Agung lagi Maha Mulia! Apa yang Engkau siapkan untuk mereka? Dan apa yang Engkau balas kepada mereka? Allah berkata: Wahai Musa! Adapun orang-orang yang zuhud di dunia ini, Aku halalkan kepada mereka syurga-Ku, mereka bebas memilih untuk tinggal di bahagian mana dalam syurga tersebut. Adapun orang-orang yang warak terhadap apa yang Aku larang kepada mereka, tiada sesiapa pun hamba bertemu dengan-Ku pada hari kiamat kelak melainkan Aku bincangkan mengenai hisabnya. Aku akan mencari di tangannya kecuali tangan orang-orang yang warak, kerana Aku malu dan sangat memuliakan mereka, maka Aku akan memasukkan mereka terus ke dalam syurga tanpa perhitungan. Adapun orang yang menangis kerana takutkan-Ku, maka bagi mereka teman yang Maha tinggi yang tidak dikongsi padanya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam al-Syu’ab, al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5258]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.