Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta'ala telah tetapkan ke atas diri-Nya

TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بعث أبا موسى سرية في البحر، فبينما هم كذلك قد ‌رفعوا ‌الشراع في ليلة مظلمة، إذا هاتف من فوقهم يهتف: يا أهل السفينه! قفوا أخبركم بقضاء قضاه الله على نفسه، قال أبو موسى: أخبرنا إن كنت مخبراً، قال: إن الله تبارك وتعالى قضى على نفسه أنه من أعطش نفسه له في يوم صائف؛ سقاة الله يوم العطش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW telah mengutuskan Abu Musa untuk sebuah misi di lautan. Ketika mereka dalam misi tersebut, mereka mengangkat layar di satu malam yang gelap, tiba-tiba ada satu suara berteriak dari atas mereka: “Wahai ahli kapal! Berhentilah, aku mahu khabarkan kepada kalian akan suatu ketetapan yang Allah telah tetapkan ke atas diri-Nya.” Abu Musa pun berkata: “Beritahulah kepada kami sekiranya kamu benar mahu memberitahu.” Dia pun berkata: “Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala telah tetapkan ke atas diri-Nya bahawa sesiapa yang mendahagakan dirinya sendiri pada suatu hari yang panas (berpuasa), maka Allah akan memberinya minum di hari dahaga kelak (hari Kiamat).”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 587, hadis nombor 3013. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس –رضي الله عنهما-، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بعث أبا موسى سرية في البحر، فبينما هم كذلك قد ‌رفعوا ‌الشراع في ليلة مظلمة، إذا هاتف من فوقهم يهتف: يا أهل السفينه! قفوا أخبركم بقضاء قضاه الله على نفسه، قال أبو موسى: أخبرنا إن كنت مخبراً، قال: إن الله تبارك وتعالى قضى على نفسه أنه من أعطش نفسه له في يوم صائف؛ سقاة الله يوم العطش)). [البزار، ((الضعيفة)) (6748)]

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah mengutuskan Abu Musa untuk sebuah misi di lautan. Ketika mereka dalam misi tersebut, mereka mengangkat layar di satu malam yang gelap, tiba-tiba ada satu suara berteriak dari atas mereka: “Wahai ahli kapal! Berhentilah, aku mahu khabarkan kepada kalian akan suatu ketetapan yang Allah telah tetapkan ke atas diri-Nya.” Abu Musa pun berkata: “Beritahulah kepada kami sekiranya kamu benar mahu memberitahu.” Dia pun berkata: “Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala telah tetapkan ke atas diri-Nya bahawa sesiapa yang mendahagakan dirinya sendiri pada suatu hari yang panas (berpuasa), maka Allah akan memberinya minum di hari dahaga kelak (hari Kiamat).” [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6748].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs