Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ - تبارك وتعالى - يقول : أنا أعظمُ عفوًا من أن أسترَ على عبدي ثم أفضحُهُ، ولا أزال أغفرُ لعبدي ما استغفرَني.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta'ala berfirman: Aku menyediakan keampunan yang lebih besar berbanding yang Aku sembunyikan kepada hamba-Ku, kemudian Aku bongkarkannya dan Aku sentiasa memberikan keampunan kepada hambaKu selagi dia memohon keampunan kepada-Ku.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1473, hadis no. 7510. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إن الله - تبارك وتعالى - يقول: أنا أعظم عفواً من أن أستر على عبدي ثم أفضحه، ولا أزال أغفر لعبدي ما استغفرني)). [عق، عد، البيهقي في ((الزهد))، ((الضعيفة) (4036)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta'ala berfirman: Aku menyediakan keampunan yang lebih besar berbanding yang Aku sembunyikan kepada hamba-Ku, kemudian Aku bongkarkannya dan Aku sentiasa memberikan keampunan kepada hambaKu selagi dia memohon keampunan kepada-Ku. [Riwayat al-'Uqaili dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan al-Baihaqi dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4036]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman