Sesungguhnya Allah Tabaaraka wa Ta’ala tidak akan meninggalkan seorangpun

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن الله تبارك وتعالى ليس بتارك أحدا من المسلمين صبيحة أول يوم من شهر رمضان إلا غفر له.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya Allah Tabaaraka wa Ta’ala tidak akan meninggalkan seorangpun di kalangan orang Islam pada waktu pagi hari pertama di bulan Ramadhan melainkan dia diampunkan.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 88-89, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخطيب عن أنس مرفوعا ولا يصح وفي إسناده: كذاب ومتروك.
وقد أخرجه البيهقي في الشعب من طريق أخرى.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Anas secara Marfu’ (disandar kepada Nabi) dan tidak sahih kerana pada sanadnya terdapat perawi berdusta dan matruk (terlalu dhaif).

Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam kitabnya al-Syu’ab melalui jalur periwayatan yang lain.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon