Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak menyukai perbuatan sia-sia semasa solat

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللَّهَ تعالى كَرِهَ لَكُمُ العَبثَ في الصَّلاةِ، والرَّفَثَ في الصِّيامِ، والضَّحِكَ عندَ المقابرِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak menyukai perbuatan sia-sia semasa solat, bercakap kotor semasa berpuasa dan bergelak ketawa di kawasan perkuburan.

Sahabat Perawi

  1. Yahya bin Abi Katsir

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 271, hadis no. 1410. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يحيى بن أبي كثير مرفوعا: ((‌إن ‌الله ‌تعالى ‌كره ‌لكم ‌العبث ‌في ‌الصلاة، ‌والرفث ‌في ‌الصيام، ‌والضحك ‌عند ‌المقابر)). [ابن مبارك، ((الضعيفة)) (‌‌3079)]

(Daif) Daripada Yahya bin Abi Katsir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak menyukai perbuatan sia-sia semasa solat, bercakap kotor semasa berpuasa dan bergelak ketawa di kawasan perkuburan. [Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3079]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.