TEKS BAHASA ARAB
إنّ الله تَعَالَى لم يَخْلُقْ خَلْقاً هوَ أبغَضُ عَلَيْهِ منَ الدُّنْيا وَمَا نَظَرَ إِلَيْهَا منذ خلقها بغضا لها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah ta’ala tidak menciptakan suatu makhluk yang paling dibenci daripada dunia. Dia tidak memandangnya semenjak Dia menciptakannya kerana kebencian terhadapnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 22, hadis nombor 95. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia daripada riwayat Daud al-Muhabbar, dia adalah pereka hadis dan pendusta.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.