Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنّ الله تَعَالَى لم يَخْلُقْ خَلْقاً هوَ أبغَضُ عَلَيْهِ منَ الدُّنْيا وَمَا نَظَرَ إِلَيْهَا منذ خلقها بغضا لها.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah ta’ala tidak menciptakan suatu makhluk yang paling dibenci daripada dunia. Dia tidak memandangnya semenjak Dia menciptakannya kerana kebencian terhadapnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 22, hadis no. 95. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ia daripada riwayat Daud al-Muhabbar, dia adalah pereka hadis dan pendusta.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman