Sesungguhnya Allah Taala tidak akan mengazab

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى لا يعذب حسان الوجوه، سود الحدق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Taala tidak akan mengazab orang-orang yang mempunyai rupa yang baik serta bermata hitam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 169, hadis nombor 845. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: إن اللهَ تعالى لا يعذِّبُ حِسانَ الوجوهِ ، سودُ الحَدَقِ.
[((الضعيفة)) (130)]

(Palsu)
Daripada Anas RA secara Marfu’: Sesungguhnya Allah Taala tidak akan mengazab orang-orang yang mempunyai rupa yang baik serta bermata hitam.
[Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 130]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.