Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ تعالى لا يعذِّبُ حِسانَ الوجوهِ، سودُ الحَدَقِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah Taala tidak akan mengazab orang-orang yang mempunyai rupa yang baik serta bermata hitam.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 169, hadis no. 845. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: إن اللهَ تعالى لا يعذِّبُ حِسانَ الوجوهِ ، سودُ الحَدَقِ. [((الضعيفة)) (130)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara Marfu’: Sesungguhnya Allah Taala tidak akan mengazab orang-orang yang mempunyai rupa yang baik serta bermata hitam. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 130]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman