Sesungguhnya Allah Taala tidak akan melewatkan suatu nyawa apabila telah tiba ajalnya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – تعالى – لا يؤخر نفساً إذا جاء أجلها، وإنما زيادة العمر بالذرية الصالحة يرزقها العبد، فيدعون له من بعده، فيلحقه دعاؤهم في قبره، فذلك زيادة العمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Taala tidak akan melewatkan suatu nyawa apabila telah tiba ajalnya. Hanya sanya penambahan usia itu adalah dengan keturunan yang soleh yang direzekikan kepada seorang hamba, mereka berdoa buatnya setelah kematiannya lalu doa tersebut akan sampai kepadanya dalam kuburnya, maka itulah dia penambahan usia.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 502, hadis nombor 2683. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه -، قال: ذكرنا زيادة العمر عند رسول الله ﷺ؟ فقال: «إنّ الله – تعالى – لا يُؤِخّر نفساً إذا جاءَ أجلُها، وإنما زيادةُ العُمُر بِالذُّرِّية الصالحة يُرْزَقُها العبدُ، فيَدْعُون له مِنْ بعده، فيلحَقُهُ دعاؤهم في قبَرْهِ، فذلك زيادةُ العُمُرِ». [ابن أبي حاتم، «الضعيفة» (5323)].

(Munkar) Daripada Abu al-Darda’ RA, beliau berkata: Kami menyebut kepada Rasulullah ﷺ tentang penambahan usia. Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah Taala tidak akan melewatkan suatu nyawa apabila telah tiba ajalnya. Hanya sanya penambahan usia itu adalah dengan keturunan yang soleh yang direzekikan kepada seorang hamba, mereka berdoa buatnya setelah kematiannya lalu doa tersebut akan sampai kepadanya dalam kuburnya, maka itulah dia penambahan usia". [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5323].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs