Sesungguhnya Allah Ta‘ala telah menjadikan kebaikan itu dalam pelbagai bentuk dalam kalangan makhluk-Nya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى جعل للمعروف وجوها من خلقه، حبب إليهم المعروف، وحبب إليهم فعاله، ووجه طلاب المعروف إليهم، ويسر عليهم إعطاءه، كما يسر الغيث إلى الأرض الجدبة ليحييها ويحيي بها أهلها. وإن الله جعل للمعروف أعداء من خلقه، بغض إليهم المعروف، وبغض إليهم فعاله، وحذر عليهم إعطاءه، كما يحذر الغيث عن الأرض الجدبة ليهلكها ويهلك بها أهلها، وما يعفو أكثر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Ta‘ala telah menjadikan kebaikan itu dalam pelbagai bentuk dalam kalangan makhluk-Nya. Dan Allah SWT timbulkan perasaan suka kepada mereka untuk melakukan kebaikan, serta Dia mengarahkan penutut kebaikan kepada mereka, dan Allah SWT permudahkan ke atas mereka untuk memberikannya, sebagaimana Dia mempermudahkan hujan ke atas tanah yang kontang untuk ia menghidupkannya serta penduduknya. Dan sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan bagi kebaikan itu musuh musuh dari kalangan makhluk-Nya. Diberikan kepada mereka perasaan benci terhadap kebaikan serta benci untuk melakukan kebaikan. Juga diberikan ancaman ke atas mereka untuk memberikannya, sebagaimana Dia mengancam hujan untuk turun ke tanah yang kontang supaya Dia dapat membinasakannya serta penduduknya. Dan apa yang Dia maafkan itu adalah lebih banyak.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 41, hadis nombor 162. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله تعالى جعل للمعروف وجوها من خلقه، حبب إليهم المعروف، وحبب إليهم فعاله، ووجه طلاب المعروف إليهم، ويسر عليهم إعطاءه، كما يسر الغيث إلى الأرض الجدبة ليحييها ويحيي بها أهلها. وإن الله جعل للمعروف أعداء من خلقه، بغض إليهم المعروف، وبغض إليهم فعاله، وحذر عليهم إعطاءه، كما يحذر الغيث عن الأرض الجدبة ليهلكها ويهلك بها أهلها، وما يعفو أكثر)).
[ابن أبي الدنيا في ((قضاء الحوائج))، ((الضعيفة)) (2849)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Ta‘ala telah menjadikan kebaikan itu dalam pelbagai bentuk dalam kalangan makhluk-Nya. Dan Allah SWT timbulkan perasaan suka kepada mereka untuk melakukan kebaikan, serta Dia mengarahkan penutut kebaikan kepada mereka, dan Allah SWT permudahkan ke atas mereka untuk memberikannya, sebagaimana Dia mempermudahkan hujan ke atas tanah yang kontang untuk ia menghidupkannya serta penduduknya. Dan sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan bagi kebaikan itu musuh musuh dari kalangan makhluk-Nya. Diberikan kepada mereka perasaan benci terhadap kebaikan serta benci untuk melakukan kebaikan. Juga diberikan ancaman ke atas mereka untuk memberikannya, sebagaimana Dia mengancam hujan untuk turun ke tanah yang kontang supaya Dia dapat membinasakannya serta penduduknya. Dan apa yang Dia maafkan itu adalah lebih banyak.
[Riwayat Ibn Abū al-Dunyā dalam Qaḍa’ al-Ḥawā’ij. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2849]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.