TEKS BAHASA ARAB
إن الله تعالى تجوز لكم عن صدقة الخيل والرقيق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah Taala telah memberi pelepasan kepada kalian daripada zakat kuda dan hamba.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 434, hadis nombor 2337. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما -، قال: قال ﷺ: «إن الله تعالى تجوز لكم عن صدقة الخيل والرقيق».[عد، «الضعيفة» (7085)].
(Munkar) Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Sesungguhnya Allah Taala telah memberi pelepasan kepada kalian daripada zakat kuda dan hamba.” [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah no. 7085].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.