Sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: Wahai ‘Isa! Sesungguhnya sesudah kamu, Aku akan membangkitkan satu umat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله – تعالى – قال: يا عيسى! إني باعث من بعدك أمة؛ إن أصابهم ما يحبون حمدوا الله وشكروا، وإن أصابهم ما يكرهون احتسبوا وصبروا، ولا حلم ولا علم، قال: يا رب! كيف هذا لهم، ولا حلم ولا علم؟ قال: أعطيهم من حلمي وعلمي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku pernah mendengar Abu al-Qasim SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: “Wahai ‘Isa! Sesungguhnya sesudah kamu, Aku akan membangkitkan satu umat, jika mereka mendapat apa yang mereka sukai maka mereka memuji Allah dan bersyukur dan jika mereka mendapat apa yang tidak mereka sukai maka mereka mengharapkan (pahala daripada Allah) dan mereka bersabar, bukan kerana kelembutan atau ilmu”, ‘Isa bertanya: “Wahai Tuhan! Bagaimana ini terjadi kepada mereka sedangkan bukan kerana kelembutan dan ilmu?”, Allah berfirman: “Aku berikan kepada mereka sebahagian kelembutanKu dan ilmuKu”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1473, hadis nombor 7511. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء – رضي الله عنه – يقول: سمعت أبا القاسم – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إن الله – تعالى – قال: يا عيسى! إني باعث من بعدك أمة؛ إن أصابهم ما يحبون حمدوا الله وشكروا، وإن أصابهم ما يكرهون احتسبوا وصبروا، ولا حلم ولا علم، قال: يا رب! كيف هذا لهم، ولا حلم ولا علم؟ قال: أعطيهم من حلمي وعلمي)). [ تخ، ك، حم، ابن أبي الدنيا في ((الصبر))، الخرائطي في ((فضيلة الشكر))، البزار، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4038)، (4991)]

(Lemah)
Daripada Abu al-Darda’ RA, katanya: Aku pernah mendengar Abu al-Qasim SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: “Wahai ‘Isa! Sesungguhnya sesudah kamu, Aku akan membangkitkan satu umat, jika mereka mendapat apa yang mereka sukai maka mereka memuji Allah dan bersyukur dan jika mereka mendapat apa yang tidak mereka sukai maka mereka mengharapkan (pahala daripada Allah) dan mereka bersabar, bukan kerana kelembutan atau ilmu”, ‘Isa bertanya: “Wahai Tuhan! Bagaimana ini terjadi kepada mereka sedangkan bukan kerana kelembutan dan ilmu?”, Allah berfirman: “Aku berikan kepada mereka sebahagian kelembutanKu dan ilmuKu”.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Imam Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Sabr, al-Kharaiti dalam Fadhilah al-Syukr, al-Bazzar dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4038, 4991]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.