Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Kemaafan-Ku lebih besar untuk hamba-hamba-Ku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله – تبارك وتعالى – يقول: أنا أعظم عفوا من أن أستر على عبدي ثم أفضحه، ولا أزال أغفر لعبدي ما استغفرني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kemaafan-Ku lebih besar untuk hamba-hamba-Ku daripada Aku menutup aibnya kemudian membongkarkannya, dan Aku akan sentiasa memaafkan hamba-Ku selagi mana mereka meminta keampunan daripada-Ku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2020, hadis nombor 10155. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: إن الله – تبارك وتعالى – يقول: أنا أعظم عفوا من أن أستر على عبدي ثم أفضحه، ولا أزال أغفر لعبدي ما استغفرني.
[عق، عد، البيهقي في ((الزهد))، ((الضعيفة)) (4036)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: Kemaafan-Ku lebih besar untuk hamba-hamba-Ku daripada Aku menutup aibnya kemudian membongkarkannya, dan Aku akan sentiasa memaafkan hamba-Ku selagi mana mereka meminta keampunan daripada-Ku.
[Riwayat al-‘Uqaili, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’ dan al-Baihaqi dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4036]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.