Sesungguhnya Allah Taala mewahyukan kepadaku mengenai ‘Alī tentang tiga perkara pada malam aku diisrakkan

TEKS BAHASA ARAB

إن الله -تعالى- أوحى إلي في علي ثلاثة أشياء ليلة أسري بي؛ أنه سيد المؤمنين، وإمام المتقين، وقائد الغر المحجلين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Taala mewahyukan kepadaku mengenai ‘Alī tentang tiga perkara pada malam aku diisrakkan: Sesungguhnya dia ialah penghulu orang yang beriman, imam orang yang bertakwa dan ketua orang yang berseri-seri wajah, tangan dan kakinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1778, hadis nombor 8944. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عكيم الجهني -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله -تعالى- أوحى إلي في علي ثلاثة أشياء ليلة أسري بي؛ أنه سيد المؤمنين، وإمام المتقين، وقائد الغر المحجلين)). [طص، ((الضعيفة)) (353)]

(Palsu)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Ukaim al-Juhanī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Taala mewahyukan kepadaku mengenai ‘Alī tentang tiga perkara pada malam aku diisrakkan: Sesungguhnya dia ialah penghulu orang yang beriman, imam orang yang bertakwa dan ketua orang yang berseri-seri wajah, tangan dan kakinya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Ṣaghīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 353]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs