Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah Taala mewahyukan kepadaku mengenai ‘Alī tentang tiga perkara pada malam aku diisrakkan

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللَّهَ -تعالى- أوحَى إليَّ في عليٍّ ثلاثةَ أشياءَ ليلةَ أُسرِيَ بي: أنَّهُ سَيِّدُ المؤمنينَ، وإمامُ المتَّقينَ، وقائدُ الغُرِّ المُحَجَّلينَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah Taala mewahyukan kepadaku mengenai ‘Alī tentang tiga perkara pada malam aku diisrakkan: Sesungguhnya dia ialah penghulu orang yang beriman, imam orang yang bertakwa dan ketua orang yang berseri-seri wajah, tangan dan kakinya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin 'Ukaim al-Juhani RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1778, hadis no. 8944. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عكيم الجهني -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله -تعالى- أوحى إلي في علي ثلاثة أشياء ليلة أسري بي؛ أنه سيد المؤمنين، وإمام المتقين، وقائد الغر المحجلين)). [طص، ((الضعيفة)) (353)]

(Palsu) Daripada ‘Abdullah bin ‘Ukaim al-Juhanī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Taala mewahyukan kepadaku mengenai ‘Alī tentang tiga perkara pada malam aku diisrakkan: Sesungguhnya dia ialah penghulu orang yang beriman, imam orang yang bertakwa dan ketua orang yang berseri-seri wajah, tangan dan kakinya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Ṣaghīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 353]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.