Sesungguhnya Allah Taala menyalakan neraka jahanam setiap hari pada pertengahan hari

TEKS BAHASA ARAB

إن الله – تعالى – يسعر جهنم كل يوم في نصف النهار ويخبئها في يوم الجمعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Taala menyalakan neraka jahanam setiap hari pada pertengahan hari dan memadamkannya pada hari Jumaat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 368, hadis nombor 1964. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن واثلة – رضي الله عنه -، قال: سأل سائل رسول الله ﷺ: ما بال يوم الجمعة يؤذن فيها بالصلاة في نصف النهار وقد نهيت عن سائر الأيام؟ فقال: «إن الله – تعالى – يسعر جهنم كل يوم في نصف النهار ويخبئها في يوم الجمعة». [ابن حبان في «الضعفاء»، طب، وفي «مسند الشاميين» أيضا، «الضعيفة» (7100)].

(Palsu) Daripada Wathilah RA, beliau berkata: Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah ﷺ: "Mengapakah pada hari Jumaat dilaungkan azan untuk solat pada pertengahan hari sedangkan ia dilarang pada sekalian hari-hari yang lain?". Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah Taala menyalakan neraka jahanam setiap hari pada pertengahan hari dan memadamkannya pada hari Jumaat". [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan juga Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7100].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs