Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ - تعالى - يُسَعِّرُ جهنمَ كلَّ يومٍ في نصفِ النهارِ ويُخْبِتُهَا في يومِ الجمعةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah Taala menyalakan neraka jahanam setiap hari pada pertengahan hari dan memadamkannya pada hari Jumaat.
Sahabat Perawi
- Wathilah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 368, hadis no. 1964. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن واثلة - رضي الله عنه -، قال: سأل سائل رسول الله ﷺ: ما بال يوم الجمعة يؤذن فيها بالصلاة في نصف النهار وقد نهيت عن سائر الأيام؟ فقال: «إن الله - تعالى - يسعر جهنم كل يوم في نصف النهار ويخبئها في يوم الجمعة». [ابن حبان في «الضعفاء»، طب، وفي «مسند الشاميين» أيضا، «الضعيفة» (7100)].
(Palsu) Daripada Wathilah RA, beliau berkata: Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah ﷺ: "Mengapakah pada hari Jumaat dilaungkan azan untuk solat pada pertengahan hari sedangkan ia dilarang pada sekalian hari-hari yang lain?". Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah Taala menyalakan neraka jahanam setiap hari pada pertengahan hari dan memadamkannya pada hari Jumaat". [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan juga Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7100].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman